Kasih Abah Brochure

Kasih Abah Brochure

Mini Showcase “KASIH ABAH”

Raikan Hari Bapa dalam Satu Temujanji Eksklusif bersama Hasnol Hassan

@ Khadijah’s Kitchen

Alamat: 35G, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-4144 1079

Tarikh: 21 Jun 2014

Masa: 7.30 pm

Harga: RM120.00 (20% diskaun untuk Hasnol’s Fan Club Members”

 

PENDAFTARAN SERTA MAKLUMAT LANJUT

Hubungi 013 256 0454 Hanna / 012 590 8177 Wirnie

Atau emel ke hasnol.fanclub@gmail.com

 

*Hadiah misteri untuk 30 pendaftaran terawal

*Ahli Kelab Peminat Hasnol (Hasnol Fans Club) akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk setiap penyertaan

 

Hasnol teguh dengan cinta dan minat mendalamnya pada yang satu ini: nyanyian dan dunia muzik. Walaupun sudah lebih 18 tahun menyepi, cinta serta sokongan padu para peminat membawa Hasnol yang satu ketika dulu pernah terkenal dengan muzik etnik R&B di era awal 90’an untuk kembali.

 

Kini hadir dengan nafas muzik baru, Hasnol kekal menyinar menerusi single terbarunya yang membawakan muzik pop komersil yang sarat dengan mesej kasih sayang seorang bapa. Lagu bertajuk “Kasih Abah” serta satu lagi single terbarunya “Tinggallah” menjadi simbol kehadiran semula penyanyi versatil  ini.

 

“Kasih Abah” akan dirilis bersempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba tidak lama lagi dalam satu mini showcase ekslusif bersama Hasnol yang akan mengingatkan kita akan bakat nyanyian beliau yang pernah mewarnai dunia muzik Malaysia satu ketika dulu. Disamping itu, Hasnol juga akan turut berkongsi kisah jatuh bangun hidupnya bersama setiap yang hadir langsung menjanjikan persembahan penuh intim yang tidak mungkin akan anda lupakan.  Diserikan dengan penampilan khas penyanyi wanita bersuara emas Dato’ Khadijah Ibrahim yang tidak perlu diperkenalkan lagi serta kehadiran artis baru Shaaril Shaari atau lebih dikenali sebagai Dior yang popular dengan album terbaru berkonsepkan “Java Pop Dance” bakal menjadikan malam “Kasih Abah” lebih meriah.

 

Mari sama sama raikan Abah – Raja Hati Kita yang tidak ternilai jasa dan pengorbanan mereka. Siramilah “Kasih Abah” untuk mereka sambil merasai kehangatan persembahan Hasnol yang sudah sekian lama dinanti-nantikan.

 

Alamat Fan Club Hasnol untuk mendaftar : http://www.facebook.com/groups/HasnolFC/

 

Jumpa anda disana!

Tags:

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *