Assalaamu’alaikum WMT .
AlhamduLILLAH … Kembali lagi dalam lembaran BLOG saya yang seterusnya …
Harini , saya nak bercerita sedikit tentang ‘HATI’ … Perintah ALLAH ialah menjaga hati kita supaya waktu kembali sejernih waktu diberi … ALLAHu a’lam . Bila bercerita tentang naluri … Memang kesemua kita telah dikurniakan atau lebih senang kita katakan FITRAH kehidupan kita supaya ada ‘INSTINCT’ , ‘INTUITION’ , ‘GERAK HATI’ yang samada menyelamatkan kita dari lebih kecelakaan atau cuba menyelamatkan mereka yang kita sayangi dari terhumban kearah kecelakaan … ALLAHu a’lam .
Tetapi … Seadanya , mereka yang telahpun terjerumus kearah kecelakaan , mungkin tidak mungkin akan berpatah semula kearah yang benar , bukan kerana mereka tidak mahu … tetapi mungkin kerana mereka ini telah ‘TERSEDAP’ dengan keadaan itu … Dalam keadaan ini , selalunya mereka ini lebih mengunjur kearah dunia tanpa memikirkan dosa dan pahala … Niatnya mungkin baik , tetapi caranya mungkin telah terkeluar dari Aqidah dan Akhlak sebenar2 ISLAM …
Adalah baik sekiranya kita memperdalami ilmu yang telah diturunkan melalui AL-Qur’an dan Sunnah2 Rasulullah , kerana itulah jalan yang sebenar2nya jalan kebenaran . Kerana , disitulah terletaknya Hukum yang membenarkan sesuatu perkara dan Syari’at yang mengharamkan dan melarangkan sesuatu perkara … Bukan setakat solat sahaja … Solat adalah sebahagian perukunan dan selebihnya masih lagi terangkumi dalam hukum Hakikat mengenali yang Benar dan Salah .
Oh ya … Apabila kita menyebut tentang ‘ILHAM’ atau ‘GERAK HATI’ , manusia , hamba2 ALLAH macam kita ni takde wahyu ya … cuma kebersihan hati yang akan menerangkan lagi tampuk kegelapan di hati kita … ALLAHu a’lam wa min Rabbi .
Itulah yang selalunya diperkatakan … “Yang terang itu , perlunya dari hati , walau minda kegelapan” . 🙂
Nafsu bergolak dari hati yang hitam namun akal fikiran yang terang akan membentuk semula peribadi kita . In syaa ALLAH .
Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah … Setiap perbuatan kita , setiap perkataan kita , setiap gerak-geri kita , adalah berbalik kepada 3 perkara asas dalam kehidupan manusia … Iaitu , Adab , Akhlak dan Aqidah . Tanpa 3 perkara ini , sememangnya kita akan mengundang samada kecelakaan pada diri , ataupun kecelakaan terhadap diri orang lain . Na’uudzuBILLAAHi min dzaaliq .
Dalam setiap perkara dalam kehidupan kita seharian , kita berada dalam hakikat dan hakikatnya kita hidup tidak seperti binatang … Sekalipun binatang , ada resamnya …
Akhir kata , seandainya kita tidak mampu menjadi senyuman kegembiraan seseorang , janganlah kita menjadi tuba dalam kehidupan mereka … Bi’iznILLAH …
“Jangan jadi orang kaya seandainya perangai serupa binatang … HAK orang dibawa kesana-sini sedangkan tuannya masih lagi disisi , jangan jadi sang petualang , bagi yang empunya diri .” ~ Hasnol
Wahuwa ma’akum ainama kuntum .
(///)
“ALLAH sentiasa memelihara hati2 mereka yang dalam keadaan JERNIH dan terpelihara dari sefi Adab , Aqidah dan Akhlak” .
No Responses