BismILLAH…

Assalaamu’alaikum wmt…

AlhamduLILLAH… I’m back blogging my thoughts about what’s going on in and around me… and to start off… here’s my thoughts about what’s going on in Malaysian music industry…

Some may hate me for what I write… but… anykind of truth is hard to be accepted.

Ramai artis2 tempatan yang takut dipulaukan apabila mereka mula menyuarakan rasa tidak puas hati.

Ramai yang takut diperlekehkan kerana kepercayaan dan ideologi.

Ramai lagi artis2 tempatan yang tidak memahami pentingnya mengubah nasib industri seni demi masa depan anak2 dan cucu2 kita yang satu hari nanti mungkin akan menjejaki cara orang tua mereka.

Dan terlalu ramai lagi artis2 tempatan yang terlalu mementingkan diri sendiri dan agenda peribadi dan tidak secara keseluruhan mencari titik persamaan untuk berjuang untuk satu objektif.

Untuk kebaikan bersama.

Ramai yang khuatir satu hari nanti, industri tidak akan memperdulikan mereka kerana lantang bersuara. Justeru, majoriti lebih suka dengan cara…

‘Aku akan lihat, tonton dan dengar… kalau baik untuk aku, aku ikut, kalau menguntungkan aku, aku tunjukkan diri aku. Jika tidak, aku akan hanya… tonton dan mendengarkannya sahaja.’

Typical…

Ramai dalam industri telah diajar dengan cara2 hipokrasi untuk tidak dilupakan apabila ada majlis2 dan acara2 yang mereka mahu diundang.

Sad… but true.

– Hasnol

Tags:

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *