#repost

Regrann from @malaysianfoodcarnival – MAJLIS PRAPELANCARAN MALAYSIAN FOOD CARNIVAL 2018 7 Secret Management dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya (MPPWP) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Badan Amal Kasih Ibu, V4 Putrajaya dan Celebrity Sports Club (CSC) telah melancarkan ‘Malaysian Food Carnival’ di Menara Seri Wilayah.

Perasmian ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar.

Turut hadir Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Rahimi Rejab, Pengarah Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Perlesenan Perbadanan Putrajaya, Shamsul Joehari Zainal Mokhtar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komuniti Perbadanan Putrajaya, Khalilurrahman Kamaruz-zaman.

Inisiatif penganjuran ‘Malaysian Food Carnival’ ini bertujuan untuk memperkenalkan makanan Malaysia kepada masyarakat dari dalam mahupun luar negara menerusi 380 vendor makanan dan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang akan diadakan pada 27 hingga 29 April 2018 bertempat di Monumen Alaf Baru Putrajaya.@hasnol – #regrann

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *